Selasa, 07 Mei 2013

Ciri Wanita Shalehah





~*~  Ciri-Ciri Wanita Shalehah  ~*~




Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seorang wanita menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah SWT


Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat, yaitu :

         i.            Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

       ii.            Taat kepada suami



***


Perincian dari dua syarat diatas adalah sebagai berikut :

1.       Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah SWT ?

ü  Mencintai Allah dan Rasulullah melebihi dari segala-galanya

ü  Wajib menutup aurat

ü  Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

ü  Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa, terkecuali ada mahram bersamanya

ü  Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

ü  Berbuat baik kepada ibu dan bapak

ü  Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

ü  Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

ü  Bersikap baik terhadap tetangga



2.       Taat kepada suami


ü  Memelihara kewajiban terhadap suami


ü  Sentiasa menyenangkan suami


ü  Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada dirumah


ü  Tidak bermasam muka dihadapan suami


ü  Tidak menolak ajakan suami untuk tidur


ü  Tidak keluar tanpa izin suami


ü  Tidak meninggikan suara melebihi suara suami


ü  Tidak membantah suaminya dalam kebenaran


ü  Tidak menerima tamu yg dibenci suaminya


ü  Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga




»»            FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA


Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman, Bukanlah faktor luaran ataupun yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita


Faktor-faktor tersebut ialah :

>>> 1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahwa dirinya telah lalai dari mengingat Allah
Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, dimana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya


Firman Allah SWT didalam surah Al-Jathiah, ayat 23,
Yang artinya :

“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya, Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya, Serta meletakkan tutupan atas penglihatannya”



Sabda Rasulullah SAW,
Yang artinya :

“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan”
(HR. Tarmidzi)



Mengingati Allah SWT bukan saja dengan berdzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu



>>> 2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya

Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda

Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah SWT hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit


Firman Allah SWT dalam surah Al-An’am,
Yang artinya :

“Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir”




>>> 3) Mudah terpedaya dengan syahwat




>>> 4) Lemah iman




>>> 5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah


***



Yaa Ukhti
Jadilah sahabat sebagai bagian dari perhiasaan tersebut, Aamiin ...




***
Referensi :
Kamis, 10 Desember 2009
http://id.shvoong.com/humanities/religion-studies/1953636-ciri-ciri-wanita-solehah/
*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar