~*~ Andainya, Lelaki Tahu .... ~*~
Ajarilah kami ...
Bagaimana ; memberi sebelum meminta
Bagaimana ; berfikir sebelum bertindak
Bagaimana ; santun dalam berbicara
Bagaimana ; tenang ketika gundah
Bagaimana ; diam ketika emosi melanda
Bagaimana ; bersabar dalam di setiap ujian
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq
Jadikan pula kami sebijaksana Umar bin Khattab
Tidak pula jadikanlah kami sedermawan Utsman bin Affan
Dan tentunya jadikanlah kami sepintar Ali bin Abi Thalib
Hingga dapat menjadikan kami sesederhana Bilal
Sampai menjadikan kami setegar Khalid bin Walid
Amiin ... Yaa Rabbana
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya ;
Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
Itu bukan bermakna dia lemah ;
Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya ;
Tetapi percayalah,
itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta
Mereka jarang bertengkar,
Akan tetapi percayalah ...
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
Maka akan semakin banyak pula sesuatu yang terjadi
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cerewet,
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih ;
Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya ;
Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu,
bukan bermakna dia tidak sayang ;
Tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
Kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia melebay-lebay
Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah ;
Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan jarang mengatakan "i love U"
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu ;
Tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
Bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia rindu sama kamu,
Dia benar-benar memaksudkannya
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
Jangan percaya kata-katanya ;
Kerana dia hanya mau menguji kamu
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya
Selagi dia denganmu,
percayalah ... Walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya ;
Tetapi di hatinya,
Kamu tetap yang terbaik
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi tengking,
Dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking ;
Tetapi dia mau melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya
Percayalah,
Hati perempuan itu sangat lembut
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!"
Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang,
Percayalah dia akan mencari anda semula
Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan
Dia terlalu emosional ;
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda
Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri ;
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali
Di sebalik air matanya
Tersimpan (1011) kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya
Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah ;
Tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda ;
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja ;
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda ;
Kelak ...
♥♥♥
Referensi :
http://forum.viva.co.id/lajang/141107-**andai-lelaki-tahu**.html
*
Tidak ada komentar:
Posting Komentar