Minggu, 28 April 2013

Soal Sebelum Tunangan






¤¤¤|*  Soal-Soal Sebelum BerTunangan  *|¤¤¤




Membuat keputusan untuk menikah bukanlah suatu perkara yang mudah
 Pernikahan bererti memasuki suatu alam yang berlainan, sama sekali berbeda dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya


Bak kata Tan Sri SM Salim dalam salah satu lagunya,

"Dulu lain sekarang lain,
Dulu bujang sekarang dah kahwin"



Setiap pasangan yang menikah pastinya mengharapkan pernikahan itu kekal bahagia selama-lamanya
Ramai yang berjaya, Namun tidak kurang pula yang kecewa ….


Al-Ustaz Jasim Muhammad Al-Mutawwà,
Bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam pernikahan adalah “ kurang taàruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum menikah “


Taàruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan pernikahan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga


Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam
percintaan sebelum menikah,
Kerap bertemu dan berhubungan melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya



Percintaan sebelum menikah seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian


Suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka


Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya
Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya


Setelah menikah, barulah terbongkar segala rahasia
Segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan



Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam,
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwà mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan



Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taàruf,
Atau melalui orang tengah


Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan

Pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya
Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga diantara anda dg pasangan anda


10 soalan itu diantaranya adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya ?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya
Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama
Maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan



2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep pernikahan ?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai pernikahan amat penting
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza,
umpamanya satu pihak menganggap pernikahan itu hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah

Sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan



3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya ?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya Apa yang disukai dan tidak disukainya, kerana terkadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan



4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama pernikahan ?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata

Sekiranya satu pihak belum bersedia, sedang pihak lain sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah,
Pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang



5. Adakah dia mempunyai masalah kesehatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota bada tidak wajar disembunyikan

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan



6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan dimerata tempat
Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi
Orang macam mana yang anda cari?



7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Pernikahan bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa
Sebaliknya, pernikahan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih
Oleh karena itu bakal tunangan haruslah tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain
Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang



8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup



9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan, bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan pribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat
Dan apabila dia mati namanya akan dikenang berzaman-zaman



10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapak turut campur dalam urusan pribadi atau urusan rumah tangga mereka?

Setengah orang menganggap rumah tangga adalah masalah pribadi yang terlalu khusus
Tiada seorangpun yang boleh ikut campur, walaupun ibu bapak sendiri
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang pernikahan

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya


Adakah dia termasuk dalam golongan diatas atau sebaliknya, seorang yang terlalu bergantung kepada kedua ibu bapaknya,
Walaupun telah berkeluarga?




Apabila anda telah mendapat jawapan yang sesuai dengan apa yang dicari
Maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya

Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamarnya
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 pwertanyaan diatas

Wallahuàlam…




***
Referensi :
Kamis, 31 Maret 2011
http://saidahtajudin.iluvislam.com/?cat=9
*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar