Senin, 29 April 2013

Lelaki Idaman Saya (Wanita)





¤¤¤|* Lelaki Idaman Seorang Wanita   *|¤¤¤




Lelaki idaman saya adalah ...

 Seorang lelaki yang beriman

... Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

... Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

... Yang sentiasa haus dengan ilmu

... Yang sentiasa dahaga akan pahala

... Yang solatnya adalah maruah dirinya

... Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

... Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

... Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah




Lelaki idaman saya adalah ...

 Lelaki yang menjaga tuturkatanya

... Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

... Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

... Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

... Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang




Lelaki idaman saya adalah ...

 Lelaki yang menghormati ibunya

... Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

... Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

... Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat




Lelaki idaman saya adalah ...

 Lelaki yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam

... Yang hidup dibawah naungan Al Quran

... Yang mencontohi sifat Rasulullah

... Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

... Yang menjaga matanya dari berbelanja

... Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya




Lelaki idaman saya adalah ...

 Lelaki yang tidak pernah membazirkan masa

... Yang matanya kepenatan kerana penat membaca

... Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berdzikir

... Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

... Yang bangunnya shubuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan





Lelaki idaman saya adalah ...

 Lelaki yang sentiasa mengingati mati

... Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

... Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

... Yang meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian





Lelaki idaman saya adalah ...

 Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersamanya

Dialah lelaki idaman saya !!!




♥♥♥
Referensi :
Kamis | 25 Desember 2008
Zulira Mohmad | 
http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/lelaki-cinta/lelaki-idaman-setiap-wanita/
*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar