¤¤¤|* Menangis Disini, Sebelum Menangis Disana *|¤¤¤
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan
Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu
Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu
Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata
Air mata adakalanya penyubur hati,
Penawar duka
Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan
Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan
Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak duka citanya di dunia
Tidak berkumpul 2 perkara dalam satu masa
Barang siapa gembira di dunia ... Akan berduka cita di akhirat
Barang siapa yang banyak duka citanya di dunia ... Akan gembira di akhirat
Pencinta dunia menangis kerana ... Dunia yang hilang
Perindu akhirat menangis kerana ... Dunia yang datang
Alangkah sempitnya kuburku,
Keluh seorang Abid
Alangkah sedikitnya harta ku,
Kesal si hartawan
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,
Mengalirlah air kecewa kegagalan
Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat,
Mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan
ﺃَﺻْﺤَﺎﺏُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻫُﻢُ ﺍﻟْﻔَﺎﺋِﺰُﻭﻥَ
Artinya:
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang (beruntung)"
(Qs. Al Hasyr [59] 20)
Tangis adalah basahan hidup
Justru ...
Hidup dimulakan dengan tangis
Dicelahi oleh tangis
Dan diakhiri dengan tangis
Manusia sentiasa dalam 2 tangisan
Sama ada yang membawa untung atau merugikan
Sabda Rasulullah:
"Ada 2 titisan yang ALLAH cintai, Pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH"
Nabi Muhammad bersabda lagi:
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali"
Dalam Artian Tobatnya
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan
Kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama
Dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta
Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur"
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang pula wibawanya
Ketawa seorang jahil,
Semakin keras hati dan perasaannya
Nabi Muhammad bersabda:
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit akan ketawa"
Seorang Hukama pernah bersyair:
"Aku hairan dan pelik,
melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,
Lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan"
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,
Takut- takut tidak diterima ibadatnya,
Kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan
Lupakah kita
Nabi pernah bersabda:
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis"
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai
Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai
Nikmat disambut riak, kedukaan menjemput duka
Firman Allah:
ﻭَﻋَﺴَﻰ ﺃَﻥ ﺗَﻜْﺮَﻫُﻮﺍْ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَّﻜُﻢْ ﻭَﻋَﺴَﻰ ﺃَﻥ ﺗُﺤِﺒُّﻮﺍْ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﻫُﻮَ ﺷَﺮٌّ ﻟَّﻜُﻢْ ﻭَﺍﻟﻠّﻪُ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﻭَﺃَﻧﺘُﻢْ ﻻَ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ
Artinya:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal itu amat buruk bagimu.
ALLAH maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Qs. Al Baqarah [2] 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat, Syurga dipagari bala"
Menangislah wahai diri
Agar senyumanmu banyak di kemudian hari
Kerana engkau belum tahu
Nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri
Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu
Menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan
Kenangilah,
Sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat
Maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu"
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya:
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang"
jawabnya
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,
Lalu berkata:
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu"
Ibnu Masud Ra. berkata:
"Seorang yang mengerti Al Quràn dikenali
Waktu malam ketika orang lain tidur
Dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa
Sedihnya ketika orang lain sedang gembira
Dan tangisnya di waktu orang lain tertawa
Diamnya di waktu orang lain berbicara
Khusuknya di waktu orang lain berbangga
Seharusnya orang yang mengerti Al Quràn itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah
Tanyailah orang-orang soleh,
Mengapa dia tidak berhibur:
"Bagaimana hendak bergembira
Sedangkan mati itu di belakang kami
Kubur itu di hadapan kami
Kiamat itu janjian kami
Neraka itu memburu kami
Dan perhentian kami ialah ALLAH"
Menangislah di sini, Sebelum menangis disana!!!
Semoga bermanfaat, InsyaAllah...
♥♥♥
Referensi :
Jumàt | 14 Agstus 2009
http://hakimiwellington.wordpress.com/2009/08/14/menagislah-bila-perlu-menangis/
*
*
Tidak ada komentar:
Posting Komentar