Kamis, 06 Juni 2013

Amalan Menjadi Wanita Shalehah






~*~  Amalan Menjadi Wanita SHALEHAH  ~*~




Memang, tentunya semua wanita bercita-cita untuk bisa menjadi wanita solehah,
Dan semua lelaki juga tentulah menginginkan
pasangannya itu kelak seorang wanita solehah

Disini seorang ustazah menuliskan sedikit tips atau amalan-amalan yang boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah

Amalan-amalan itu, diantaranya ialah :

1.) Mendirikan solat atau sembahyang
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh sudahlah diwajibkan solat fardhu 5 waktu sehari semalam
Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai penampung kekurangan yang terdapat pada sholat wajib itu tadi


2.) Menjaga sholatnya
Seseorang yang telah wajib sholat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajiban itu
Selain khusyuk, menunaikan sholat juga dituntut beristiqamah yaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud sholat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya


3.) Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir
Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri
Sebaiknya kita bersyukur dan redho dengan setiap pemberian Allah
Janji Allah dalam Alquràn,
 Apabila kamu bersyukur kepadaKu, aku akan tambahkan nikmat kepadamu, tetapi sekiranya kamu kufur, ingatlah azabku amatlah pedih 


4.) Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia
Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu-membantu sesama saudara seagama
Sehingga akan malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda


5.) Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul
Memelihara diri dan kehormatannya
Serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji


6.) Takut akan murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan-Nya
Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan hambanya
Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan, kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala


7.) Menjaga amanah
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti
amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga
Amanah kepada Allah, sepertinya didalam surah Al-Fatihah
 kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan


8.) Pandai mengaji Al Quràn
Wanita solehah selain sholat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka ata sering menjadikan Al Quran itu sebagai sahabatnya
Kerana rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Al Quran ibarat seperti sebuah kubur!


Semoga dapat bermanfaat



***
Referensi :
Rabu, 26 Agustus 2009
Oleh : Ust. Azimah
*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar