Minggu, 27 Oktober 2013

Cantik Itu Ujian



~*~  Cantik adalah ujian  ~*~



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan
Cantik itu adalah anugerah
Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian
Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri
Barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang
Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada topik pembahasan
Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap untuk dipandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa



Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangi beban perawatan muka dan sebagainya

Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang sebelumnya dianggap biasa saja, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik
Pasti kan banyak yang membuatnya tertarik


Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan ria dalam hati

4. Apabila nikmat cantik hanya sekejap saja



Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran
Dalam produk iklan dalam hal kosmetik dan tentu itu hanya sebagai pelaris saja


Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si pria belang yang hanya mementingkan paras rupa semata

Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta mereka juga
Bukankah itu juga satu ujian?
Lebih baiklah mereka yang miliki paras wajah yang sederhana,
yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekejap mata
Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilang pula sebagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini



Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada saat ini
Karena semua itu tidaklah kekal adanya

Semoga bermanfaat InsyaAllah...





***
Referensi :
http://kembanganggrek2.blogspot.com/2011/11/cantik-adalah-ujianbersyukur-seadanya.html
*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar